COMMUNITY SERVICE BY ALUMNI ISPCA

13 Apr


Fakulti Perubatan Melayu telah mengadakan pertandingan mencipta dan memperaga T-shirt “I LOVE IPSCA”. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semau pelajar dan alumni IPSCA (Diploma dan Sijil Urut Melayu) mengikut kumpulan/negeri masing-masing. TUJUAN utama pertandingan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan alumni bersam-sama dengan komuniti di sekeliling mereka. Disamping itu juga, mereka dapat memberikan perkhidmatan mereka secara percuma melalui ilmu-ilmu dan teknik-teknik pengurutan yang telah dipelajari dalam kursus Urut Melayu yang telah mereka sertai. 

Syarat-syarat pertandingan ini adalah seperti berikut:

1. Mencipta/membuat t-shirt IPSCA, pastikan t-shirt tersebut mempunyai perkataan “I LOVE IPSCA”.

2. Mereka hendaklah menganjurkan aktiviti atau promosi dengan memberikan perkhidmatn urutan Melayu kepada masyakat/komuniti.

3. Ambil gambar aktiviti bersama kumpulan masing-masing dengan memperagakan baju t-shirt tersebut.

4. memuat naik gambar tersebut serta kongsikan gambar-gambar tersebut di FACEBOOK IPSCA bagi penyertaan kumpulan anda dalam pertandingan ini.

5. Lantik seorang ketua kumpulan untuk pengesahan pertandingan tersebut dan maklumkan pada pihak pengurusan IPSCA (jawatankuasa pertandingan).

 

Berikut adalah beberapa kumpulan yang telah turut serta dalam pertandingan ini bersama-sama dengan aktiviti mereka:

IPSCA ALUMNI – DUN MENGKIBOL

 Program Amal Mesra Bersama Kanak-kanak OKU di PDK Sri Gemilang (28 MAC 2017) 

IPSCA ALUMNI – KOTA KINABALU, SABAH

 Program Komuniti Urut Melayu (26th March 2017 – Kg. Putatan, Penampang)

IPSCA ALUMNI – KLUANG, JOHOR

Program Perkhidmatan Urut Melayu (16th March 2017 – Jabatan Pendaftaran Kluang)

IPSCA ALUMNI – KOTA TINGGI

Festival Kesenian & Kebudayaan OKU (25 – 26 March 2017 – Laman Tun Sri Lanang, Kota Tinggi)

IPSCA ALUMNI – KUALA LUMPUR-SELANGOR

Program Gotong-royong Rakyat & Sepakat Komuniti 1 Malaysia -16 Mac 2017 di  PPR Jelatik

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LATEST POST

17 Apr
ALUMNI IPSCA ACHIEVEMENT – ABU DHABI, UAE
  • 5:35 am
  • Annis Mahat
13 Apr
COMMUNITY SERVICE BY ALUMNI ISPCA
  • 7:17 am
  • Annis Mahat
12 Apr
IMPORTANT DATES – APRIL-SEPT 2017
  • 4:12 am
  • Annis Mahat

Subscribe to our Newsletter now